twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, April 30, 2010

COuPle 2 HArAm kE?????

2Berapa Kali Nak Cakap,Berapa Kali Nak Cakap,
‘Couple’ tu‘Couple’ tu
HARAM!HARAM!
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk...
Ada pula yang kate saya kuat emo...
Sikit-sikit nak marah...
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat
bising masa belajar.. Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain saya paling
gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak
saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat
capub'(cari publisiti).. tapi saya tak kesah.. asalkan
ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Memang
lumrah manusia..
Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita. Macam
itulah yang saya rasa... Saya tengok kawan-kawan
dah ada yang 'couple'.. Di dorm sms awek sampai
pagi.. ada yang call awek sampai satu malam boleh
habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingka-
tan 4 itu.. saya pun mula menanam tekad untuk
ber'couple'... Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling pent-
ing dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak.. akhirnya,
dipendekkan cerita.. saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat berse-
mangat Apa orang kata..'ALL OUT'lah.. haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang
saya pun
habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa
ber'couple' tu.. tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah.. Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terfikir.. Biarlah kawan-kawan saya tu
pandang saya semacam, kata saya macam-
macam..Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat
dosa dan saya kena brubah.. Hidup saya mesti
selari dengan Islam.. Saya kena jadi baik.. Sebab
memang itu fitrah manusia..menginginakan kebai-
kan.. semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan
masjid.. Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu.. Selalu dengar
tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur
Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk
awak, Saya taknak jadi baik seorang diri..

"COUPLE HARAM"
Saya tak percaya.. tapi bila baca detail-detail yang dia
bagi.. macam betul pulak.. huhu~~ tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu.. kita tetap akan cari
alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita.. kita tak buat mak
siat..Kita jalan-jalan pegang tangan.. tak jiwang-
jiwang2) cuma saling ambil berat.. Tanya khabar..
Borak-borak.. Siap bagi tazkirah lagi.. Apa yang haram-
nya dengan benda ni? Tak kisahlah..
Masa terus berlalu...
Masa ni dah nak dekat Trial SPM.. lagi tiga minggu
sebelum trial.. dalam masa tu, saya memang rajin study
dengan kawan.. buat study group. Pada masa yang
sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahuKadang-kadang bila tegur.. saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak
berhikmah.. ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah.. saya ada tempat mengadu.. huhu~~
Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini:
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaji-
kan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu
sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri
masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa, ade gak dosa-dosa
yang masih dilakukan.. Macam mana ya?"
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak
dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan
yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah
ayat 42)
Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu.
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlahalasannya.
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah.. Kita couple tak macam orang
lain.. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je.. ade yang
siap wat mksiat lg.. pegang-pegang tangan dan
macam-macam lagi.. Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'.. Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu.. Saya pun banyak
nasihat awak.. Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab tegu-
ran saya tu Tapi saya faham, perubahan memerlukan
masa.. Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan kita sema-
kin diredahai.. Saya salu doa supaya kita akan kekal
sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari
bahawa berdakwah itu wajib.. Kita kena menyampaikan
kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah.. kita akan dipertanggung-
jawabkan oleh Allah di akhirat kelak. sesuai dgn firman-
Nya dlm surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka
berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah
akan membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Merekamenjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas
tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya
mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan
dan adik-adik Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat
salah/dose.. Saya mesti nak tegur. Selemah2 iman
tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat
iman.. Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~
Lepas tu, satu masa.. saya terbaca pasal couple..
33

Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple
gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang
konon.."
Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia
boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak
dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan
perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali.. saya ke Pulau
Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh.. Saya
harap dengan seminar ni kefahaman saya menge-
nai dakwah akan lebih mantap.. Dalam perjalanan
ke seminar tu.. saya masih sms lagi dengan awak
dalam bas.. sempat lagi pesan-pesan supaya
jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal
waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti
sendiri. Lagipun kami semua penat.. takkan nak
panjang-panjangkan program sampai tengah
malam.. pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan
fasilitator yang ada di situ.. Saya rasa inilah masa
terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"
alu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan
Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikitboleh?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan
dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni,
perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan
biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa
pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun
angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik
kepada perempuan, begitu juga perempuan akan
tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan
itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu
dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke
17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguh-
nya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan
suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni
menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba
sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms
pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah
lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok
dia."
Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak
pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja
batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk
pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh
telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari
(puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setanmenjadikan mereka memandang baik perbuatan-
perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari
jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-
orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
Sebenarnye
ber'couple' ni boleh
ke tidak? Adakah
selama ini saya
hanya menganggap
ia boleh?
44

Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan
jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan
lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata.
Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat
dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati
dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa
akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputu-
san ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis
depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak
ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka
boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan
mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun.
Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha
Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang
penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya
dah tak bermakna lagi."
Saya terdiam lagi.
"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mung-
kin dia akan terima keputusan nta scara matang.
Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi
bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara
bodoh.
Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab
nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan
maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas
perbuatannya sndiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menan-
gis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple.
Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan
pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf,
kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi.
Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia
langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi
bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh
pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah'
dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu
universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula
buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia
hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya terfikir..
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang
berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang
indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta
berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi.
Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat,
syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat
nta terjerumus ke dalam kemaksiatan.
Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan
dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya
melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,
"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg.
Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahay-
anya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga
diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga
bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi.
Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina
kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak
zina telinga dan zina lidah. Tapi akh.. masih ada zina
yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelas-
kan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri
zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin,
bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah
bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh
berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina
dengan berpegangan.
Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempatmaksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, meng-
ingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam
mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada
zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua
yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian
dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta.
Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred.
Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana
trus tinggalkan.
55

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke?
Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
Saya cakap.. "Saya rasa saya belum ade kekuatan
la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada
kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh
ditunggu, tapi ia perlu dibina.Allah tidak akan men-
gubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu
mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk
surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11.
Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak
tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun
ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah,
mereka tiggalkan." Alamak...tak boleh lari lagilah
nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa
saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya
kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat
rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak
sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya
gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-
tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik,
susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa
supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah
masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubun-
gan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan
mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan,
tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak
akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak
dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas
segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-
Allah. akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih
tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu
dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan
salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga
button [send]. Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah
hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms,
dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air
mata.. tak sangka..mmg tak disangka..Saya
memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah
yang terbaik untuk kita sbenarnya.. Tiba-tiba saya
teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berper-
ang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri
dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan
awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya
selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi
ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram,
tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..
ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah
semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..
awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya.
Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu
saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg
terakhir.. "Tiada yang lebih indah daripada
mendapat keredahaan ilahi..seindah manapungubahan pertama tu, selagi tak mendapat kereda-
haanNya, tetap tiada gunanya.. Assalamualaikum..
saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh,
insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak
awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yangmenentukan..Lagi satu, Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak
kekal..
Tapi carilah cinta Allah.. tiada penipuan, tidakkan
pernah mengecewakan itulah cinta abadi.. Cinta
yang diredahai.. -Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang
saya buat ni betul. Saya yakin, Allah akan sediakan
yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah
balik..
Takkan..buat selama-lamanya.
66

Bagaimana Bagaimana islamislamCaraCara adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang
lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah
manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin
disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah
seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk
membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh
Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu
dapat disalurkan dengan cara yang terbaik.
Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan
membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberidorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w.
pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad
untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa
Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan
dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu
setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkah-
winan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3
pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu
"Jodoh".
Masyarakat Sudah LariApabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat
sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan inginmenjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk
menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa
dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji,
bersumpah setia dan segalagalanya.
Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lamabercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluar-
kan pelbagai alasan,” terang beliau.
Konsep MeminangBeliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan
mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri
dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi
telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang
oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Islam Islam
Jadi,
Bagaimana
Bercinta Cara
Islam?
77

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang
yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu
kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu
sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita
yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan
keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan
kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a.
dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan
keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia
yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau
merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa
yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melain-
kan Baginda.
Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya
kepada pakciknya, Abbas, agar merisik
Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda
bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantarrombongan meminang. Begitulah yang diajarkan
dalam sirah??
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan
dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan
keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti
sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah
caranya sesuai dengan cara masyarakat kita.
Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon
suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada
ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak
keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang
menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau
kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak
lelaki bolehmasuk meminang.
Indahnya Cara IslamLihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjala-
nan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitema-
tik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlaku-
nya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak
diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju
kepada pembentukan keluarga bahagia yang
diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah
insani.
Selagi belum bernikah,
mereka tetap dua insan
yang bukan mahram.
"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak
lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali
antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini
merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika
kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan
dilangsungkan."
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan
bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang
membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-
mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah
untuk saling mengenali antara satu sama lain dan
bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh
keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli
keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua
insan yang bukan mahram dan masih perlu man-
jaga batasan-batasan Islam seperti yang telah
dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh
pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini
tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan
bolehlah diputuskan secara baik melalui persetu-
juan kedua-dua belah pihak.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati
kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak
serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan
secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah
pihak.
Perigi Cari TimbaAda pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki
bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti
orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita
tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar
dahulu saudari.
88

Saturday, April 17, 2010

TIME UP!!




UDAH SELESAI SUME ASGMNT..wa3 sonok'e





PEJAM CELIK PEJAM CELIK DH SELESAI UPENYE SUME ESEMEN..
yg dok belambak mse mule2 dl..
sekali gus lak dpt 2
..
mmg mncbr tol..
SETELAH BERMINGGU- MINGGU DOK MENGHADAP LOPTOP JE..
dh nk juling mate aku ne
..
AKHIRNYA MISSION COMPLETE..



now tim nk EXAM lak..
hayoyoyo..giv me tim rest skejap ea mse..
hehehe..


perh dh nk abis dh sem 1..
lg 7 sem ag menunggu..



P/S
semoga ilmu yg dipelajari
mendapat keberkatan n keradhaan ALLAH




Thursday, April 15, 2010

OH B.I.G

setelah sekian lamenye menunggu akhirnya datang juga
B.
I.G yang sangat ditunggu~huhuhu~
06-09/ 04/ 2010


peserta-peserta B.I.G

salam sume..ne merupakan post pertama untuk bulan april

post kali ini berkaitan dengan B.I.G~bina insan guru~

lokasi kejadian di
LEMBAH LESTARI, IPIK

PESERTA : 57 orang (G1.1, G1.2, G1.3)

TEMPOH BERCUTI: 4 hari 3 malam

KOMANDER : TN HAJI KOMARI

PENGHULU~ OMAR KHAIR (MY CLAS LEADER)

penghuli ~ TIPAH (MY ASISTEN CLAS LEADER)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails