twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, September 4, 2011

MARI PUASA 6




Assalamualaikum w.b.t sume..semoga sihat-sihat belaka..

Dikesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raye maaf zahir batin kepada sume umat islam samada di dalam atau di luar malaysia..
setelah sebulan umat islam menunaikan ibadah puasa, menahan lapar dan dahaga serta perkara2 yang mengurangkan pahala puasa, semoga madrasah yang dilalui sebulan tersebut mendapat faedah dan diteruskan pada bulan- bulan seterusnya.

Antara amalan yang paling terdekat yang diajar selepas bulan ramadhan, dilakukan pada bulan syawal ialah puasa enam..Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Dalilnya ialah hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Sa‘id al-Khudri berkata: “Nabi s.a.w. melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1991 (Kitab al-Shaum, Bab berpuasa pada hari Aidil Fitri).]

Ok, mari kita tngk hikmah- hikmah'e..
1. Pelengkap dari puasa Ramadhan
2.
Menyediakan sistem pencernaan
3.
Amalan Ramadhan tidak terputus
4.Tanda syukur rahman bulan ramadhan


Namun, bagi mereka yang mempunyai hutang berpuasa di bulan Ramadhan, haruslan menyudahkannya dahulu sebelum memulakan berpuasa 6 ini. Ini kerana barangsiapa yang berpuasa Syawal terlebih dahulu dan masih ada tanggungan puasa Ramadhan, maka puasanya itu hanya dianggap puasa sunnah muthlaq (puasa sunnah biasa) dan tidak mendapatkan ganjaran puasa Syawal. Ini kerana berbalik kepada sabda Rasulullah s.a.w tadi, “Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan…”

p/s : mari kita rebut2 peluang ini semantara masih ada di bulan syawal
: jgn asyik mkn rendang ketupat kuih raye jew ea..hoho


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails