twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, April 6, 2012

belajar dengan AWAN dan HUJAN


Awan : Hujan, tolong jangan pergi.

Hujan : Awan, ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban hanya kerana tidak ingin aku pergi.

Awan : Tapi aku masih mampu.

Hujan : *senyum* Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan?

Awan : *diam*

Hujan : Aku harus patuh pada Tuhan kita. Dan kau pun harus akur pada Dia. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.

Awan : *mahu menangis*

Hujan : Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih? *sebak menahan perasaan*

Awan : Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku. Hanya demi Tuhanku. Terima kasih Hujan. Mendengarmu, aku mengenalku.

Hujan : *Allahu Rabbi* Selamat tinggal Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain.

Awan : *airmata jatuh tanpa henti*

Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Saat dilepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.

Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat bukan? :’)


This is what we call the sweet pain feeling :’)

Subhanallah Alhamdulillah Allahukbar.

Kemanisan selepas kepahitan.

Kesenangan selepas kesusahan.

Penulis:

Dapat ilham masa hujan. Dan sekarang pun tengah hujan.

Allah, baru je cakap rindu hujan, Engkau dah bagi hujan? Terima kasih untuk kasih sayang yang unlimited ini Tuhan :’)

Mahu belajar dengan Awan dan Hujan.

Penulis asal: Srikandi Asytari







3 comments:

Smile.. said...

Sweet sgt..:)
tpi susah nk melakukannya...:(

RafLah said...

mmg susah nk melakukan kerna kita tidak tahu gnjrn slps itu..=)

Smile.. said...

betul2...
sekarang diam dan sabar
;)
like banyak2..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails