twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, October 30, 2010

Carl's Jr

"k kol 6 nnti kte grk"

abe " ok jew"

ihsan "hurmmm, ok2" --> jawab tim fokus ngan game pw die

aq punye r smngt, dh ciap2 nk grk, tp aq tngk dowg still ilek2 x bergerak dpn laptop ag..aq pon ilek r jap..tp pnas gak jiwa raga ne tngk dowg ilek2 ag..huhuhu..then aq pon sound dowg..ceee

"jadi ke x nk g ne"

ihsan "kejap2, aq de mission ne, lambat ag r"

abe"aq de hh jap ag"

adoiii..penat aq ciap2, tup2 x jadi..sungguh hampa seluruh jiwa ragaku..huhuhu..saat tu hanya tuhan je taw~pasrah tol ayat ko~nk wat cam ne ag, cancel je la plan td sambil aq membebel sowg2..=( ..rase x puas hati plan td cancel, aq syor kat dowg g sok(ari ne) lps zohor..tumb up isyarat dowg..so let see tomorow..

ya jadi jgk plan akhirnya..pas zohor ktowg gerak, sggh bank jap pas2 trus g lrt cheras..hahaha tegelak tb2 bile lrt smpai..rmai gler owg, bj merah lak 2..owh fan kelate nk g bkt jalil..mlm ne final piala malaysia..GOMO KELATE GOMO..bising seketika lam lrt 2 ngan fan2 ne gelak wat lawak pe tah..aq pon x phm dowg kecek gapo..smpai lrt tsk sltn tukar kmtr ke midvalley..first komuter perh rmai gler owg~mmg pack r~..smpai x leh nk sumbat ag..erm mls nk seksa diri tggu r kjp ag next kmtr..ble kmtr smpai ngan confident, ktowg pon msk..tngk bnyk tmpt ddk kosong..perh berbaloi menunggu td..hahaha..tp rse cam x sdp jew bile tngk sume pompuan kat kmtr 2..upe'2 kwsn part wanita jew..adoii patut la msk td dowg tngk smcm je kat ktowg..waaa segan2..fuhhh tb2 rse kehangatan muke ne wlaupun lam c2 rse ekon sejuk..bile kmtr 2 benti kat stsn, cpt2 kowg kuar tkar tmpt kat part bese..adoii mmg lawak antarabangsa laa..

smpai kat mid trus strat de point cari gsc cos bende alah'e dpn gsc..rmai tol mnsia kat cne..ape tah dowg cari..huhuhu..langkah demi langkah smpai kat dpn restoran Carl Jr..adoii xde tmpt ddk..terpaske tggu kjp r, smbg2 kosong smbil mate mncari tmpt kosong..tup2 de owg blar, then pe lagi ktowg pon cop r..aq ngan ihsan g order..perh x sabo dh, mne x nye dh kol 3 x mkn2 ape lagi,prut dh berkeroncong lagu brono mars~grenade~..hu3

ktowg order western double cheese combo set medium..2 yg dowg di recomment..huhuhu.."nnti ktowg antr mknn k, sila ddk dulu"..tggu punye tggu smpai gak akhirnya penantian yg dihajatkan selama ini..waaw besaw gler!!!!..masyuk r kentang die!!!..tnpa melengahkan mase, ktowg pon mkn.. tp sblm 2 smpt gak r tgkp2 gmbr sbg bukti..huuhu..

x muat r nk msk mulut!!..besaw sngt..mantap r..

awat shy2 je abe..huhu

model2 Carl Jr..~muke2 kelaparan~

hage 3 set western double cheese combo

terliur ka!!!!..

ayak nya..leh refile bpe kali pon bole!!

kentang die mmg terbaek dari ladang la!!!

sementara ddk2 rehatkn perut, tngk rmai anak2 mude berdua2, perpegangan tgn tnpa muhrim..begitu mesra mereka tnpa merasekn malu dgn owg ramai..masyallah..terdetik lam hati kecil ini spy jauhkn dgn prkr maksiat ne..

kemudian ktowg pon blk..tim blk 2 lak leh laa confident kuar kat stsn salak selatan..terpakse laa tggu..lame gak r..kalo x dh lame leh terbaring kat katil..penat 2..sekian~salam..

Wednesday, October 27, 2010

Tercicir tetapi berjaya

Assalamualaikum w.b.t

Ahd lepas ade la terbace satu artikel menarik..artikel 2 dpt meningkatkn smgt jugak r spe mmbc'e.. so chek nk kongsi ckt ngan kowg2 sume..jom2 ambil iktibar~

RAMAI yang beranggapan ilmu adalah kunci kejayaan dalam hidup. Ramai juga yang masih terumbang ambing setelah menamatkan pengajian sama ada dalam mencari pekerjaan, membina kerjaya mahupun mencari matlamat hidup. Sesungguhnya ilmu yang diperoleh ketika di universiti adalah sekadar landasan kukuh untuk menempa hidup yang lebih baik namun tidak semestinya ia mampu melakar yang terbaik.

Lihat saja barisan manusia terkaya dunia ramai di antara mereka sebenarnya tidak menamatkan pengajian atau persekolahan seperti mana yang dilalui oleh Bill Gates, Steve Jobs, Richard Branson. Keadaan ini juga berlaku kepada mereka yang lebih senior seperti Walt Disney, Henry Ford, Ingvar Kamprad atau generasi muda sekarang seperti Mark Zuckerberg, dan beberapa nama lagi.

Henry Ford


Tidak menamatkan persekolahan apabila mencecah usia 16 tahun, lelaki yang dilahirkan pada 30 Julai 1863, kemudian bekerja sebagai jurumesin dan sebelum berhijrah menjadi mekanik yang pakar dalam enjin stim. Beliau membuktikan tanpa pelajaran yang tinggi namun berjaya menjadi jurutera di Edison Illuminating Company yang dimiliki oleh pencipta terkenal, Thomas Edison.

Dengan sokongan kewangan dari beberapa jutawan seperti Alexander Y. Malcomson, John dan Horace E. Dodge Ford mula membina model kereta Ford 999. Namun impak besar mula dirasai setelah Model T dikeluarkan pada 1908.

Kejayaan yang dicipta oleh beliau ini juga mencatat sejarah bermulanya pengeluaran kereta secara besar-besaran. Ini kemudian membolehkan beliau menjadi antara bilionair terawal dunia sebelum kematiannya pada 1947 dengan aset dan wang tunai mencecah AS$188.1 bilion (RM601 bilion), jumlah berdasarkan tahun 2008.

Walter Elias "Walt" Disney

Walter Elias "Walt" Disney yang tidak menamatkan sekolah apabila mencecah usia 16 tahun. Sebaik berhenti sekolah beliau mendaftarkan diri untuk menjadi tentera namun ditolak kerana bawah umur dan kemudian bekerja sebagai pemandu ambulans di Palang Merah.

Disney memulakan karier dalam bidang perfileman terutama dalam industri kartun dan animasi dari bawah. Bermula sebagai pelukis kartun untuk majalah dan suratkhabar, syarikat pengiklanan, malah pernah jatuh bankrap kerana gagal mengurus kewangan syarikat animasi miliknya Laugh-O-Gram Studio dengan baik.

Namun pengalaman yang dilalui ketika susah menjadi ilmu paling berharga sehingga membolehkan empayar perniagaannya berkembang seperti mana yang kita lihat sekarang.

Disney kemudiannya mencipta nama di Hoolywood melalui pelbagai animasi yang mencuit selera penonton antaranya Mickey Mouse, Snow White, Donald Duck dan pelbagai lagi.

Steve Jobs


Begitu juga yang berlaku kepada seorang lagi tokoh industri teknologi maklumat Steve Jobs. Pada penghujung 1970-an, Jobs, dengan pengasas bersama Apple Steve Wozniak dan Mike Markkula telah mereka bentuk, membina dan memasarkan komputer peribadi pertama di dunia.

Setelah keluar dari Apple pada 1985 akibat perebutan kuasa dan masuk kembali pada 1996, beliau kini membuktikan tindakan meninggalkan pengajiannya satu ketika dahulu telah berjaya membuahkan hasil yang sangat lumayan.

Richard Branson

Beliau menamatkan persekolahan pada usia 16 tahun dan kemudian menerbitkan majalah Student sebelum membuka syarikat rakaman Virgin Records pada 1982.

Jenama Virgin semakin mengembang pada 1980-an dengan tertubuhnya Virgin Atlantic Air dan kini sudah mula terlibat dalam pelancongan ke angkasa lepas untuk masa depan.

dan lain- lain lagi...

p/s : x perlu bljr tinggi2, cos x bljr tggi pon leh jadi bilioner kn~it bergntg pd rzk~

: pengalaman seseorang merupakan ilmu yang paling berharga~g la melancong, wat kje part tim

: berfikir seketika~dari berbilion penduduk dunia hanya beberapa kerat sahaja yang terpilih untuk berjaya tanpa pelajaran tinggi..kn3

: buat sesuatu perlu minat dan kenal pasti potensi diri, so it will bring u 2 do very well..




Thursday, October 21, 2010

Tragedi Oktober

x sanggup lagi aq, mengenang kasih lalu,
sesalan menghantui diriku,
biarlah ia pergi, menjadi satu misteri..........
(antara lirik lagu tragedi oktober~wing~)

tragedi berulang kembali,
kisah 5 bulan lps yang lalu,
pada wktu ujan- ujan renyai,
satu peristiwa telah menimpaku,
melukakan tapak tangan dan lutut kakiku
adoiiii..pedihnya kalo kne air ne..

lalu aq than jua untuk membersihkan luka2 tersebut
ubat luka ku letak,
dan aq rilek2..he3
salam

alhamdullillah tidak ada yg serius
syukur kpd-NYA, kerna melindungi hamba ini..
semoga ini memberi petunjuk menyedarkan ku tentang kekuasaan Allah
yang maha berkuasa...

Monday, October 18, 2010

kebangkitan

waw..2 first expression bile tngk treler cte(MATERA) ne..
gempak g2..nmpk'e anak malaysia sudah melangkah satu langkah ke depan dalam bidang perfileman. Dengan pembikinan filem (belum siap ag kot, dngr2 thn depan) gender movie terbaru~robotic~like iron man, transformer g2 la..erm blh laa dibanggakan..

Mantera bermaksud Manusia Jentera atau Man Transformable Exo-Robotic Armor

meh tngk treler die ckt..


pengarah cte ne merupakan pengarah animasi popular tanah air Upin Ipin : Pengembaraan Bermula

Filem Mantera dibintangi lima pelakon utama dari Malaysia iaitu Tomok yang memegang watak sebagai Azman. Selain itu, watak heroinnya disandang Shiqin Kamal yang pernah membintangi Lagenda Budak Setan. Pelakon lain seperti Faezah Elai, Yank Kassim dan Jayson Lee.



selain mengunakan teknik CGI, filem ini telah menggunakan camera yang latest dan canggih~kamera Canon 7D menggantikan kamera utama (red cam)~erm aq x phm sngt psl kamera2 ne..hihihihi

kos pembelanjaan filem ne menjangkau 5 juta ringgit(perhhhh) dengan menjalankan rakaman di luar negara iaitu Dubai dan Rusia..perbelanjaan disana telah membelanjakan sebanyak 1.7 juta ringgit..dan selebihnya dibelanjakan rakaman di dalam negara, peralatan, kostum, jurusolek, pemasaran dll..


untuk maklumat lanjut clik cini k..hohoho

Friday, October 15, 2010

kisah cinta seorang wanita kepada pemuda tampan

assalamualaikum..

kisah ini (kisah cinta zulalikhah kepada yusuf a.s) telah tertulis dalam ayat- ayat al-quran dalam surah Yusuf dengan menceritakan kisah cinta mereka Zulaikhah isteri perdana menteri Mesir kepada Yusuf a.s, pemuda tampan.
al-quran juga menegasknan keindahan kisah tersebut, sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya: Maksudnya: "kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan al-quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan)nya adalah termasuk orang- orang yang belum mengetahui~surah Yusuf : ayat 3

kasih sayang kedua ibu bapanya pada Yusuf a.s telah menimbulkan bibit kecemburuan pada sedara-sedaranya hingga mereka ingin memisahkan dan membunuh Yusuf a.s dengan memberitahu Yusuf telah hilang dimakan oleh serigala. yusuf a.s telah dijumpai oleh musafir dan dibawa ke negeri Mesir. disana Yusuf a.s dijual (sebagai hamba). kemudian Yusuf a.s "dibeli" oleh Perdana Menteri Mesir. Atas kelebihan yang dimilikinya, Yusuf a.s telah dianggap seperti anak kandung P.M Mesir.

Yusuf a.s membesar menjadi pemuda yang sangat tampan dan berkeperibadian sangat menawan, dengan ketampanan, kegagahan dan keperibadian menawan Yusuf a.s membuat mereka yang melihat, terutamanya kaun Hawa menjadi tergila- gila kepadanya. tetapi allah Azza Wa Jalla memelihara Yusuf a.s daripada perbuatan tercela. Allah menghiasi dirinya dengan perilaku yang terpuji, jiwa yang bersih, peribadi yang terpuji, kecerdasan yang keluasan ilmunya dengan mempunyai kepintaran membaca mimpi baik yang ghaib mahupun ramalan masa akan datang. sebagaimana diwartakan firman al-quran
Maksudnya : Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja, dan mereka tidak tertarik hatinya kepada Yusuf. Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya: "Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita pungut dia sebagai anak" Dan demikian pulalah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf a.s dimuka bumi (Mesir), dan agar kami ajarkan kepadanya takdir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusanny-Nya. tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya. Dan tatkala dia cukup dewasa Kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu. demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang- orang yang berbuat baik." Yusuf, 20-22

isteri perdana menteri Mesir, adalah wanita cantik dan muda. beliau telah tertarik dengan ketampanan dan kegagahan Yusuf a.s sehingga ingin menjadikan Yusuf a.s sebagai kekasihnya. hati dan jiwa isteri perdana menteri itu telah diaduk- aduk syaitan. beliau akan melakukan apa sahaja untuk memastikan impiannya tercapai. beliau menggunakan kecantikannnya dan kekayaannya untuk mengumpan Yusuf a.s tetapi usahnya sia- sia sahaja kerana Yusuf a.s tidak jatuh hati kepadanya langsung..oleh itu, perempuan itu telah menjerat Yusuf a.s dengan menyuruh Yusuf a.s memasuki kamarnya. setelah itu, beliau mengunci dengan ketatnya sehingga sukar dibuka oleh Yusuf. dalam keadaan yang sangat genting itu, Yusuf a.s hanya dapat memohon pertolongan daripada penciptanya untuk melindunginya daripada perkara- perkara yang tidak diinginnya. semasa yusuf a.s cuba untuk melepaskan diri, perempuan itu menarik Yusuf a.s dari belakang hingga koyak baju Yusuf a.s.. tatkala pintu dibuka suami perempuan itu berada didepan pintu tersebut. Yusuf a.s terkejut malah perempuan itu menfitnah Yusuf a.s untuk melindungi dirinya daripada disalahkan.

kerabat pembesar melontarkan gagasan segar dimana jika baju gamisnya koyak dimuka, maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang- orang yang dusta. Dan jika baju gamisnya koyak dibelakang, maka wanita itulah yang dusta dan Yusuf termasuk orang- orang yang benar. perdana menteri lantas meneliti koyakan baju Yusuf a.s, dia dapati baju Yusuf a.s koyak dibelakang, dari situ sang perdana menteri mafhum dalam peristiwa ini yang salah adalah isterinya. perdana menteri meminta peristiwa ini jangan dihebohkan tetapi khabar angin begitu cepat tersebar dan menjadi bual mulut masyarakatnya terutamanya anak perempuan negerinya. Zulaikhah berasa panas dan membuat strategi dengan memanggil beberapa anak perempuan negerinya untuk menghadiri jamuan makan dirumahnya, mereka diberi sajian lazat seta buah- buahan dan diberi pisau untuk memgupas buah. ketika para perempuan mengupas buah , isteri memanggil Yusuf a.s untuk hadir menampakkan diri ditengah- tengah mereka. oleh sebab ketakjupan kepada ketampanan dan kegagahan Yusuf a.s, mereka tidak sedar bahawa mereka telah melukakan tangan mereka sendiri.

Yusuf a.s berkata: Wahai tuhanku, penjara lebih aku suka daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku, dan jika tidak Engkau hindarlah kepadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk memenuhi keinginan mereka dan tentulah aku termasuk orang- orang yang bodoh. Maka Allah memperkenankan doa Yusuf a.s. Para pegawai kerajaan Mesir akhirnya memasukkan Yusuf a.s ke dalam penjara, dengan batas waktu yang tidak ditentukan. langkah itu diambil untuk menutup skandal isteri perdana menteri ke atas Yusuf a.s Penduduk negeri Mesir tidak lagi membincangkan kisah yang ada di balik tembok istana sang perdana menteri.

bertahun- tahun didalam penjara, takdir telah menentukan, tatkala raja Mesir bermimpi tetapi tidak ada seorang tafsir mimpi yang pandai menafsir mimpinya. Yusuf akhirnya diminta untuk menafsir mimpi itu dengan jelas dan bijak di hadapan raja. Yusuf a.s pun keluar daripada penjara dan isteri perdana menteri pun mengaku kesalahan yang dilakukannya dulu. Isteri perdana Menteri Mesir telah kembali pada jalanyang kebenaran, dia mengakui segala bentuk khilafnya dengan penuh kejujuran dan dia berazam dakam dirinya untuk melandasi semua perilakunya pada al-Haq- kebenaran sepenuhnya- dia memuji keteguhan dan kejernihan hati dan jiwa Yusuf a.s, dia berterima kasih kepada Yusuf a.s kerana telah memberi pengajaran jiwa yang sangat berharga bagi hidup dan kehidupannya.

dahulu Zulaikhah penyembah bahala. Dia berpindah hati, dia tunjukkan cintanya kepada Allah. dia tidak menyembah kecuali kepada Tuhan yang Maha Esa. Zullaikhah berdoa: "Wahai Allahku, kini tiada lagi harta, kedudukan dan kecantikan yang kumiliki. Diriku hidup sebatang kara, tua, hina dina, dan papa. Engkau ujiku dengan cinta kepada Yusuf a.s. Wahai Allahku, aku sungguh sangat terseksa di daerah kerinduan tak bertepi. aku tidak berkuasa menahan cintaku pada Yusuf a.s. maka sambungkan cintaku pada Yusuf a.s. Jikalau Engkau tidak berkenan mewahadi cintaku dengan cinta Yusuf a.s. Maka ambilah cintakudi hati Yusuf a.s, agar aku muarakan segenap cintaku hanya kepada Engaku semata"
tatkala Yusuf a.s sedang berlintas di tempat di tempat Zulaikhah tinggal. Yusuf berkata kepada Zulaikhah : Apakah yang kau inginkan saat ini wahai Zulaikhah?. Dia menjawab : aku menginginkan tiga hal. kecantikan, harta, dan jalinan pernikahan. Yusuf a.s sangat terkejut mendengar tiga keinginan Zulaikhah itu, dia bergegas meninggalkan Zulaikhah.

Allah menurunkan Jibrail kepada Yusuf a.s dengan membawa wahyu daripada-Nya. Wahai Yusuf. Kau melontarkan pertanyaan kepada Zulaikhah apa yang kau inginkan saat ini. Akan tetapi kau tidak menjawabnya. Kau mengajukan pertanyaan kepadanya. Namun setelah dia menjawab kau tidak memperhatikannya. Ketahuilah wahai Yusuf a.s, sesungguhnya Allah akan menikahkan dirimu dengan Zulaikhah. Allah sendiri yang melamarkannya untukmu. Para malaikat menjadi saksi pertunanganmu, para dayang dan bujang syurga juga akan menjadi penggembira pernikahanmu. Yusuf a.s berkata " wahai Jibrail, Bukankah Zulaikhah tidak cantik lagi?..Jibrail berkata kepada Yusuf a.s : sesungguhnyaa Allah berkata kepadamu : Zulaikhah memang tidak berharta, tidak cantik, dan tidak muda. tapi Allah memiliki Kekuatan, Keperkasaan, Kehendak, Dan Kudrat (Kuasa).

kemudian Allah menganugerakan kecantikan kepada Zulaikhah. Selapas pernikahan Yusuf a.s dan Zulaikhah, Yusuf a.s tidak tahan melihat kecantikan Zulaikhah. Zulaikhah tidak seperti dulu, setiap kali Yusuf a.s di aduk- aduk nafsu syahwatnya, dia dapati isterinya begitu khusyuk mendirikan solat. kini hati Zulaikhah tidak seperti dulu. dia lebih beriman dan berislam. hatinya hanyalah untuk Allah. Zulaikhah telah disinari cahaya iman dan islam, kekasih hatinya tidak lagi Yusuf a.s, akan tetapi Sang Khaliq. Dialah Allah Azza Wa Jalla. Zulaikhah menemukan kenikmatan yang bukan kenikmatan jasad namun kenikmatan rohani. seperti halnya Zulaikhah yang pernah mengoyak baju pujaan hatinya, Yusuf a.s juga berbuat yang sama. Maha Besar Allah Yang mempertemukan sepasang kekasih dalam buaian cinta dan iman sejati.

hasil penulisan NIK ABDUL AZIZ NIK MAT~kisah cinta dalam al-quran~
dirumuskan oleh muhasylah..

Wednesday, October 13, 2010

wakawaka..

hureyyyy..
selesai sudaa amali pj yang agak memenatkan dan agk mencuakkan td..
huhuhuhu..

semalam merupakan titik penentuan bagi pelajar- pelajar pismp sem 2 untuk mempamerkan aksi- aksi mereka melakukan pergerakan asas yang menarik dan menepati syarat- syarat yang telah ditetapkan..latihan yang selama ini dilakukan akan dilihat samada bagus ataupun tidaak..hahaha ayat skema lak..

berdebar-debar jantung aq ne..2 yg dapat dikatekan bile tim turn aq dh nk dekat..pas2 bile pnsyrh pggl, asyraf aslah, perh cam nk terkeluar jantung aq ne..dasyat2..tp muke kne cool walaupun tangan menggilil..lps dh stat, x pikir pape dah, maen blsh jew, jnji ciap..tp aq wat all de best r, 2 jew yg mampu aq wat..ciap ngan lagu 2 beb, peterpen~menghapus jejakmu..

esk'e lak test permainan kanak- kanak..group aq kne wat game target..so ktowg prsent game nme'e BOLA BOGENTAN..game'e cam gamae boling g2..jatuhkan pin..grop ktowg kne prsent first2..gelabah jugak r nk setting2 brg..tim pg 2 jgk r aq br nk taw cam ne nk handle warming up n cooling down..tp syukur aq x dpt hndle bnde alah 2..aq kne prsent variasi 2 game bogentan 2..aq pon pe lagi maen blsh jew r pe yg aq taw..alhamdullillah semuanya lancar..skrg dh slmt sume'e..blh tarik nafas loga..

pas ne nk exam plk..
E.X.A.M


Sunday, October 10, 2010

ten/ten/ten

pada saat ini, aq beradaa di dalam rumah sewaku di cheras..bwu beberapa jam smpai dari mjlis prkhwnn sepupu aq kat pahang..4 jam perjalanan (rempit 120km/j + benti semayang + isi minyak + jem), perh penat tuuu~ceh bkn aq yg drive pon tp poyo jew pnat,kahkah~lepas smbhyg isyak, tb2 jew smngt nk tulis blog..mungkin aq terase free kot, xtaw nk wat pe pas sume asgmnt dh setle..nk study, mode study lom coming lagi~so, nk merepek ckt sal sbb pe aq g pahang..=>

mgkin ramai yg wat knduri mggu ne kn???..mgkin rmai gak yg g konvo UMP mggu ne kn???..mungkin 2 mungkin ne yg dibuat oleh sume orang mggu ne kn..aq arie ne pergi knduri kawen spupu aq belah mak..tp ne belah pompuan'e knduri..kalo nk ikutkn x g pon x pe..tp anak sedare'e psl bapak aq korbankn ms n tng merentasi banjaran titiwangsa, meredah panas,ujan,ribut tok smpai ke sane~bagi gempak ckt~sampai2 kat sane mlm..mjlis akad nikah'e mlm gak..so smpai2 sane trus g mjlis akad nikah 2 kat bandar indera mhkota..ujan lak time 2, bak kte owg ujan rhmt..smg dirhmati ALLAH pernikahan mereka..yg bez'e dowg berkonvoi ngan kete merdz kecuali ktowg kete comey lotey..hoho..pas mjlis 2 ktowg blk kat hotel..sok la sambung..


oit2 sambung cne r tok arie ahd'e lak..
arie ahd'e bwu mjlis persandingan dowg..mjlis 2 wat kat dewan~emm pe tah mne dewannya, tp depan hotel VISTANA pahang~kol 12 ktowg dh de kat dewan 2..tggu punye r tunggu kol 1 bwu rombongan sampai..ktowg kne r tggu rombongan skl cos ktowg termasuk skl sbg ahli rombongan pengantin..vvip 2..ngah2 syok mkn..dtg r sowg mamat poyo ne..tngk skl cam prnh tngk..tngk dua kali mcm ku knl..tngk 3 kali bwu teringt,upe'e mamat 2 aril af7 ngan danny X-factor..ermm dowg 2 kwn2 pengantin pompuan kot..kalo nk ikutkn sepupu aq 2 xde kot kwn2 artis ne..huhu suke2 jew aq ne..aq cm bese r, pndg sebelah 2 belah mate jew..x terbeliak pon..erm mse pon dh berlalu begitu cpt, perjlnn pon msih jauh, jadi ktowg pon berangkat pulang..

time nk blk 2 de 2 accident kat ampang..tepi kete ktowg lak 2..satu ag accident depan ckt dari accident 1 td..cuak gler rse tim 2..bapak aq pon bwk carefull ckt..break pon jauh2 ckt dari kete depan..haha..bapak aq antr aq kat umah sewa dl..pas2 die blk sungai besar..kol 11 lbh td, bapak aq bg msg die dh smpai umah..alhamdullilah syukur sume slmt smpai..
~TAMAT~

SELAMAT PENGANTIN BARU SHAHRIZAL & ANUM



Tuesday, October 5, 2010

walaupon PENAT tapi BERBALOI

hohoho..suda lame kutinggalkan halaman ni..
terase nk mengupdate blog ptg2 rengai ne..

akhirnya amali gerko bola tampar dh selesai..
latihan selama ini dikorbankan, rse'e berbaloi ngan mrkh yg diperolehi..
mggu lps ujian amali servis dan menyangga..
yg baru buat td agak susah ckt, spike ngan setting..
smpai tersangkut2 dibuat'e nk wat spike..
yg setting lak smpai terpelingot2 jari- jari ne..hahaha
tapi sume'e dh solosai..alhamdulillah..

sebelum itu de ujian bertulis..
ingat susah sngt upe'e kacang goreng jew..
tp x dpt mrkh penuh gak..hehehehe..

sok ade test UAK lak..
math n b.m..
math pekse pg..
b.m lak pekse petang..
mintx2 x ngantuk laa pekse petang2..
mntx2 gak idea mencurah2 jwb pekse sok..

p/s: mlm ne balon abis2san bc nota..
smpai nota bc aq..hu3

: dh nk buke ne..tapi xtaw nk buke pe..
arie ne pose yg 5..sok merdeka!!!..
k salam..=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails